KUCHING: Seorang buruh menghadapi tiga pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol teman wanita yang masih bawah umur.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin dan diarah membayar deposit tunai RM3,000 di mahkamah, semalam.

Mahkamah Khas Kanak-kanak mengarahkan tertuduh dibebaskan sementara, dengan sebutan semula kes diadakan 8 April depan.

Tertuduh didakwa melakukan jenayah itu di sebuah bilik di rumah sewa pada 12 November 2020 dan mengulangi perbuatan di tempat yang sama pada 12 Disember 2020 dan 10 Januari 2021.

Jika sabit kesalahan, tertuduh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.