KUCHING: Sehingga hari ini, Khamis, sebanyak 486 petugas barisan hadapan di Sarawak telah diberikan suntikan vaksin Covid-19.

Ini, menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menjadikan jumlah yang diberikan suntikan vaksin adalah sebanyak 11,287 sejak program immunisasi bermula pada 26 Feb lalu.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,523 ialah petugas kesihatan dan 764 adalah dari jabatan atau agensi lain,” katanya.

Sementara itu, JPBNS berkata, sebanyak enam kompaun dikeluarkan di daerah Kuching  dan tiga kompaun di  Padawan  kerana telah melanggar SOP. “Manakala dua (2) lelaki warganegara Pakistan dan India telah ditangkap di Kuching kerana tidak memakai topeng pelitup muka semasa bekerja di restoren,” kata JPBNS lagi.