KUALA LUMPUR: Beberapa hari selepas melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah berkata pada Selasa, Malaysia bersetuju secara bersyarat menggunakan vaksin AstraZeneca buatan UK dan Sinovac buatan China.

Antara persetujuan bersyarat itu ialah, kedua-dua syarikat vaksin berkenaan diminta memberikan data tambahan pengiriman bertahap memastikan keberkesaan dan keselamatan penggunaan vaksin berkenaan.

Menurut Norhisham, pihak kesihatan juga menilai vaksin korona keluaran Rusia, Gamaleya Research Institute dan fasiliti pembotolan tempatan untuk vaksin Sinovac.

Memetik Reuters, Sinovac menandatangani kesepakatan dengan Pharmaniaga Malaysia yang melaksanakan proses penyelesaian untuk agihan vaksin di Malaysia yang kemudiannya ia akan menghasilkannya secara tempatan.

Malaysia memulakan program vaksinasi pada 24 Februari menggunakan vaksin Pfizer dan BioNtech.

Malaysia menyasarkan vaksinasi 80 peratus daripada populasi dan turut merancang menyuntiknya secara percuma kepada warga asing serta pekerja migran atas dasar kemanusiaan.