KUCHING: Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata Sarawak merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 9,737 penerima.

Menurut beliau, negeri kedua tertinggi pula ialah Perak dengan jumlah keseluruhan suntikan sebanyak 5,714; diikuti Pahang seramai 5,696 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah seramai 5,601 orang.

Untuk rekod,  53,287 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menerima suntikan sehingga semalam.

“Selain itu, Kelantan merekodkan jumlah suntikan sebanyak 4,593; diikuti Johor (4,430); Kedah (3,017); Terengganu (2,438); dan Selangor (2,047).

“Negeri yang merekodkan jumlah lebih 1,000 pula ialah Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,905 diikuti Pulau Pinang (1,821); Melaka (1,501); Sabah (1,317); Wilayah Persekutuan Labuan (1,285); Perlis (1,057) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu sebanyak 1,028 individu,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini, pada Rabu.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg lima hari lalu menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer, BioNTech.

Ia sebagai simbolik kepada Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Abang Johari menerima suntikan Klinik Kesihatan Petra Jaya Kuching pada jam 3.05 petang, pada Jumaat.