KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter memaklumkan setakat ini, seramai 1,741,364 individu sudah mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menggunakan aplikasi MySejahtera.

Kerajaan menyediakan lima carta mendaftar diri untuk mendapatkan suntikan vaksin menerusi dalam talian atau secara manual.

Menurut Buku Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan JKJAV, dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera atau laman web khas di www.vaksincovid.gov.my.