KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, lebih banyak hospital swasta terbabit sebagai pusat vaksinasi bagi fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut beliau pada fasa tersebut 75,000 hingga 150,000 mampu disuntik vaksin sehari.

Menulis di akaun Twitter, Khairy berkata, hospital swasta, Hospital Pantai sudah digunakan sebagai pusat vaksinasi untuk petugas kesihatan swasta fasa pertama.

Tambah Khairy: ”Kami akan masukkan lebih banyak hospital swasta untuk fasa kedua dan ketiga seperti yang pernah saya umumkan sebelum ini.”