RIYADH: Calon jemaah haji perlu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sebagai pasport mengerjakan haji tahun ini.

Reuters melaporkan, Menteri Kesihatan Arab Saudi Dr Tawfiq al-Rabiah berkata, calon jemaah haji perlu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sebagai syarat utama mengerjakan haji bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Pada musim haji tahun lepas, Arab Saudi mengurangkan jemaah haji kepada hanya 1,000 orang berbanding musim sebelumnya mencecah sehingga 2.5 juta jemaah, mengelak penularan pandemik Covid-19.

Arab Saudi memulakan program vaksinasi Covid-19 pada 17 Disember 2020 menggunakan vaksin Moderna, Pfizer dan AstraZeneca.