TOKYO: Lapan individu bertuah dari seluruh dunia terpilih menyertai ekspedisi peribadi secara percuma ke bulan.

Perjalanan terrsebut dikira menjadi pengembara bulan pertama sejak misi Apollo AS yang terakhir pada 1972.

Pembiayaan ekspedisi itu dibiayai bilionair Jepun, taikun fesyen dalam talian, Yusaku Maezawa.

Maezawa sudah menempah perjalanan pertama menggunakan kapal angkasa dibangunkan SpaceX pada 2018.

Beliau membayar sejumlah wang untuk perjalanan 2023 dan akan menjemput lapan individu menyertainya dalam ekspedisi itu.

Maezawa pada Rabu menerusi video di Twitternya berkata, penyertaan dibuka kepada lapan individu dari seluruh dunia dibuka pada 14 Mac dengan saringan awal 21 Mac.

Temu duga terakhir dan pemeriksaan perubatan dijadualkan pada akhir Mei 2021.

Pemohon perlu bersedia melakukan sesuatu mengatasi had dengan kreatif dan membantu kru lain melakukan perkara sama.

Ekspedisi tersebut mempunyai 10 hingga 12 orang, dijangka mengelilingi bulan, sebelum kembali ke bumi.