Tuesday, August 9, 2022

Beli iPhone online, dapat yogurt epal

Secara Rawak

BEIJING: Seorang wanita di wilayah Anhui, China baru-baru ini memesan iPhone 12 Pro Max secara dalam talian, namun akhirnya dia kecewa apabila barangan yang diterimanya bukannya telefon pintar, tetapi minuman yogurt perisa epal.

Wanita tersebut memuat naik statusnya di media sosial menerusi applikasi Weibo dan memberitahu dia membayar 10,099 yuan (RM6,323) untuk telefon pintar terbabit di laman web rasmi Apple pada 16 Februari lalu.

Pesanannya itu yang hanya yogurt sampai dua hari kemudian.

Menurut ARY news, wanita itu mengatakan dia tidak menerima bungkusannya dari pihak kurier, ia ditinggalkan di loker bungkusan di pangsapurinya.

Seorang staf perkhidmatan pelanggan Express Mail Service (EMS) yang mengirimkan bungkusan itu.

Jurucakap Apple memberitahu kejadian itu disiasat. Polis tempatan juga terlibat dalam siasatan dan mengesyakinya sebagai kes curi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru