SARATOK: Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju merangkap Ahli Parlimen
Saratok menyambut baik janji Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memastikan Sarawak dan Sabah diberi layanan adil, sekali gus meletakkan kedua-duanya setaraf Semenanjung.

Hasrat ini menurut Ali seiring kewujudan portfolio Hal Ehwal Sarawak dan Sabah dalam kabinet Kerajaan PN.

Merespons Majlis Amanat Perdana Kerajaan PN, Ali berkata, sempena setahun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN menerajui negara, Perdana Menteri mendapati banyak lagi usaha perlu dibuat bagi meletakkan Sarawak dan Sabah setaraf Semenanjung Malaysia.