PADAWAN: Kebakaran memusnahkan rumah di Kampung Semban, 11.35 malam semalam.

Bagaimanapun, tujuh penghuni sempat menyelamatkan diri daripada tragedi tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau dikejarkan ke lokasi kejadian dan memastikan kebakaran padam sepenuhnya.

Siasatan dilakukan mengenal pasti punca kebakaran berlaku.