Sunday, July 3, 2022

PH berpotensi perintah semula Malaysia – Guan Eng

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, Pakatan Harapan (PH) berpotensi memerintah semula sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak bersama Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya akan datang.

Memetik laporan akhbar berbahasa Cina pada Isnin, Guan Eng berkata, dengan memperoleh sokongan tambahan 15 peratus pengundi Melayu, hasrat PH menjadi kerajaan semula dapat direalisasikan.

Laporan menyebut, Ahli Parlimen Bagan itu mengakui, PH sebelum ini tidak mempunyai masa yang cukup melaksana rancangan ketika mentadbir negara selepas memenangi PRU-14.

Misalnya mengurangkan 20 peratus tol, selain mengurangkan harga petrol,” kata itu lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru