Friday, August 12, 2022

Penerbangan tertunda gara-gara semburan lada

Secara Rawak

FLORIDA: Pesawat United Airlines terpaksa menunda penerbangannya selepas penumpang di dalam pesawat itu tiba-tiba batuk tanpa henti.

Setelah disiasat kejadian berpunca daripada semburan lada milik seorang penumpang di dalam pesawat tersebut.

Menurut Fox.news, penumpang terbabit memberitahu dia tertekan butang penyembur lada yang terdapat pada rantai kuncinya.

Salah seorang penumpang, Joseph Grande memberitahu FOX 4 bahawa dia terasa terbakar di kerongkongnya.

“Semua orang mula batuk, dan gara-gara pandemik Covid-19, semua orang mula menoleh ke arah satu sama lain,” katanya kepada stesen TV tersebut.

Pesawat yang sudah sedia berlepas menuju New Jersey terpaksa mengarahkan penumpang keluar dari pesawat terbabit untuk tujuan pembersihan.

Seorang jurucakap United Airlines mengesahkan insiden tersebut.

Semburan lada tidak dibenarkan dibawa di dalam beg tangan penumpang, menurut TSA dan ekoran kesilapan pegawai yang bertugas semasa pemeriksaan bagasi dan badan, mereka diberi kursus tambahan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru