Sunday, July 3, 2022

Mahathir akui S’wak terkaya di M’sia, setuju tuntutan tiga wilayah MA63

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tuntutan status wilayah seperti termaktub dalam MA63 oleh Sarawak dan Sabah terhadap Kerajaan Persekutuan.

Mahathir ditanya pendirian beliau isu berkaitan MA63 itu pada rancangan temu bual Minda Profesor Negara (MPN) petang Isnin anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) itu yang disiarkan di Facebook.

“Apabila kita buat Malaysia, kita katakan 14 (pihak). Jadi di situ tidak kenalah. Kita patut betulkan, iaitu tiga (pihak) kita runding untuk bersatu, dan tiga buah wilayah inilah yang bersatu.

“Kita perlu bagi layanan yang sama kepada ketiga-tiga buah (wilayah),” kata Mahathir dalam temu bual dikendalikan Muhammad Asri Mohd Ali yang turut disertai Presiden MPN, Prof Raduan Che Ros.

“Kita perlu agih kekayaan ikut perjanjian kita antara tiga buah wilayah,” ujar Mahathir.

Dalam jawapan beliau, Mahathir mengakui Sarawak sudah jadi negeri terkaya di Malaysia dan kerajaan negeri berjaya merancang bajet tahunan sehingga RM11 bilion.

Sarawak dan Sabah menuntut Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan status negeri sebagai rakan kongsi bersama Semenanjung Malaysia sejajar MA63.

Pada September 2020, di bawah PN, jemaah menteri bersetuju menubuhkan Majlis Khas MA63 dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Sedri Muhyiddin Yassin dengan anggotai Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Menteri Sabah serta menteri Persekutuan.

Majlis itu bersidang pertama kali pada 30 November 2020.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru