Friday, October 7, 2022

Lelaki minta bantuan Dewan Bandar Raya cari jodoh untuknya

Secara Rawak

WUHAN: Seorang lelaki dilaporkan meninggalkan mesej di papan mesej Dewan Bandar Raya Wuhan meminta pihak bandar raya mencari isteri untuknya.

Menurut Global Times, lelaki itu memberitahu pihak media dia mahu berkahwin tetapi tiada teman wanita.

“Saya berharap kerajaan tempatan dapat membantu mengatur perkahwinan saya.”

Dia juga mendakwa menyediakan rumah untuk didiami dia bersama-sama pasangannya nanti.

Dia memberitahu sudah keluar dengan ramai wanita, tetapi hubungannya dengan mereka biasanya berakhir dengan perpisahan.

Malang baginya permintaannya juga ditolak oleh pihak bandar raya dengan alasan “perkahwinan yang diatur dilarang di China”.

Pegawai kerajaan mencadangkan agar dia selalu berkomunikasi dengan wanita dan “mengejar mereka dengan cara lebih berani.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru