Sunday, December 5, 2021

Laporan: Larry Sng letak jawatan sebagai Ketua PKR Sarawak, sokong Muhyiddin

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyerahkan sepenuhnya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak untuk menyelesaikan kemelut politik parti itu.

Beliau juga enggan mengulas lanjut tindakan Ketua PKR Sarawak, Larry Sng yang bertindak meletak jawatan dan keluar parti.

“Sebenarnya, saya tiada apa-apa komen. Ini adalah masalah dalaman PKR, jadi biar PKR selesaikan masalah dalaman ini dalam kalangan mereka,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Larry Sng bertindak meletak jawatan sebagai Ketua PKR Sarawak sekali gus meninggalkan parti itu.

Pada 21 Disember tahun lalu, Sng umum akan mengundur diri sebagai ketua PKR Sarawak yang diambil alih beliau pada Mac selepas Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian meninggalkan parti itu.

Beliau berkata keputusan itu bagi membolehkan pemimpin Dayak mengambil alih jawatan sekali gus memimpin parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) tamat Jun depan.

Sementara itu, MalaysiaNow melaporkan, Ahli Parlimen itu menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seorang lagi Ahli Parlimen PKR yang berbuat demikian ialah Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru