DARO: Pelbagai mekanisme perlu diwujudkan untuk memudahkan rakyat terutama di luar bandar untuk mendaftar mendapatkan vaksin Covid-19 secara percuma.

Adun Daro, Safiee Ahmad berkata, langkah itu amat penting bagi memastikan penduduk tidak terlepas maklumat terutama mereka yang tinggal jauh di pedalaman dan tidak mempunyai akses Internet.

Menurutnya, pendaftaran boleh dibuat secara manual dan dikendalikan oleh Pejabat Daerah melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Kaedah ini telah pun dilaksanakan untuk kemudahan rakyat luar bandar termasuk kawasan Daro,” katanya baru-baru ini.

Safiee berkata, ia merupakan langkah alternatif sesuai namun keberkesanannya memerlukan tindakan susulan dan kerjasama semua pihak terutama JKKK. Pada masa yang sama katanya, pemimpin masyarakat perlu peka supaya tidak ada penduduk di kawasan mereka tertinggal atau terlepas pandang.

“Dicadangkan juga sekiranya ada individu yang tertinggal atau terlepas pandang laporkan kepada ketua kampung masing-masing untuk didaftarkan,” katanya.

Beliau menegaskan, kesedaran dan keyakinan rakyat tentang penting vaksin berkenaan juga perlu diberi perhatian sewajarnya.

Katanya lagi, banyak berita atau info palsu tentang vaksin itu sehingga ada dalam kalangan rakyat takut atau ragu-