KUCHING: Ketua Menteri   menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Sarawak di Klinik Kesihatan (KK) Petra Jaya  di sini  hari ini.

Suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech diterima  Datuk Patinggi Abang Johar Tun Openg di sini

Klinik itu merupakan antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi negeri ini.

Abang Johari tiba di klinik kesihatan itu  kira-kira jam 3.00 petang dan diberi konsultasi sebelum persetujuan untuk menerima suntikan vaksin.

Sebaik menerima suntikan, Abang Johari dibawa ke ruangan khas bagi pemerhatian  selama kira-kira 15 hingga 30 minit bagi memantau reaksi susulan daripada suntikan berkenaan.

Fasa pertama program imunisasi di negeri ini  bermula hari ini sehingga 31 Mac ini membabitkan 97,161 petugas barisan hadapan.

“Semua okay, tiada rasa apa-apa. Jangan takut ambil vaksin,” kata Ketua Menteri selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Beliau menunjukkan plakad ‘Lindungi Diri, Lindungi Semua’ selepas menerima suntikan vaksinasi berkenaan.

Turut menerima suntikan itu, Timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Chin Zin Hing.

Sementara itu, Dr Chin berkata, sebanyak 41 daripada 55 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri mula memberikan vaksin hari ini.

Baki 14 lagi PPV di Miri, Bintulu dan Limbang hanya akan memberikan suntikan vaksin itu minggu depan.