MURUM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai telah meninjau pelaksanaan Projek Transfomasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Tubau pada Rabu.

Tinjauan beliau dimulakan di Sungai Sau, Jelalong dengan pelaksanaan projek baik pulih titi Rumah Ramli Udau dan pada masa yang sama projek tersebut diserahkan pihak Jabatan Kerja Raya kepada tuai rumah.

Seterusnya beliau meninjau perkembangan projek bina baharu parit konkrit di Rumah Julaihi Keti.

Kennedy turut meninjau projek menaiktaraf jalan masuk ke Rumah Rumah Jok Anyie, Long Keleput selain projek bina baharu jalan konkrit di Kampung Senep dan juga perkembangan projek Gereja BEM di kampung tersebut pada Khamis.

Sementara itu, beliau menjelaskan projek-projek RTP itu merupakan inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan serta menaik taraf kemudahan infrastruktur asas di luar bandar.

Beliau berharap projek rakyat yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kesejahteraan masyarakat di DUN Murum.