JUMLAH keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka 11.53  juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah lebih 2.51  juta.

Data  Worldometers setakat pagi Khamis menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 113,531,009 dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 29  juta kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 520,738  kes sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti India sebanyak 11 juta kes dengan  156,861 kematian, manakala Brazil lebih 10.39 juta kes dengan lebih 251,000 kematian.

United Kingdom dan Russia pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Perancis dan Sepanyol melebihi tiga juta.

Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan 122,070  dan 96,974 kematian.