KUALA LUMPUR:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan atau mencetuskan kegusaran kepada masyarakat.

Kenyataan ini susulan terdapat golongan antivaksin yang menyebarkan berita palsu berhubung pengambilan vaksin Covid-19 boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“PDRM akan membuka kertas siasatan sekiranya menerima sebarang laporan berhubung isu berita palsu berkaitan suntikan vaksin,” katanya dalam satu kenyataan.

Tersebar berita palsu yang menggesa orang ramai supaya tidak mengambil suntikan.