KUCHING: Sebanyak 219 kes baharu positif dikesan  di Sarawak hari ini  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak meningkat kepada 8,869 kes setakat ini.

manakala  dua lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Sibu, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Jawatanlkuasa itu  berkata dengan penambahan dua kes kematian ini, jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 78 orang.

“Kes kematian ke-77 merupakan perempuan tempatan berumur 74 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Sibu. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat pada 18 Februari 2021 dan dikesan positif pada 19 Februari 2021 dan disahkan meninggal dunia pada 24 Februari 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi kes kematian ke-78 pula, merupakan lelaki tempatan berumur 90 tahun yang juga dirawat di Hospital Sibu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia hari ini,” katanya lagi.

Jelas kenyataan itu, pada hari ini Sibu mencatatkan  80 kes, , Kapit (26), Bintulu (25), Kuching (18), Meradong (17), Miri (12), Samarahan (11), Serian (10), Selangau (8), Sri Aman (5), Saratok (3), Kanowit, Sarikei, Bukit Mabong dan Betong masing-masing satu kes.