SRI AMAN: Petugas barisan hadapan di Sri Aman melakukan pemeriksaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di premis-premis perniagaan di sekitar Pasar Simanggang.

Pemantauan yang dilakukan mendapati semua pekerja menggunakan topeng muka dan memeriksa suhu badan pelanggan selain menyediakan cecair pensanitasi tangan.

Petugas barisan hadapan juga memberi nasihat kepada pemilik premis atau orang ramai yang didapati tidak mematuhi SOP PKPB yang sedang berkuatkuasa.

Antara premis perniagaan yang ditinjau adalah You me, Pearl cafe, Foh Fatt Trading Co, SK Trading Kopitiam, B.C.S Kopitiam, Lucky Cafe, Fuan TR, New Sri Kindo Cafe, Unde Ben Trading Co, Chan Seng, B.Trisyabakery, Sing Way Trading dan Kee King Food.Share.