KUCHING: Kerja-kerja membaiki permukaan jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Perimat dan Jalan Datuk Merican Salleh akan dimulakan pada hari ini .

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan hari ini menjangka bahawa kerja pembaikan tersebut akan selesai pada 23 Mac depan.

Oleh itu, para pengguna jalan raya dimohon agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di lokasi berkenaan sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Segala pengurusan trafik untuk keselamatan pula harus dipatuhi terutamanya apabila lorong jalan ditutup sepenuhnya.

Sehubungan itu, pengguna adalah digalakkan untuk mengguna laluan-laluan alternatif yang sedia ada sehingga tamatnya kerja-kerja pembaikan.

Peta tapak yang berkaitan turut disertakan untuk rujukan para pengguna jalan raya.