Saturday, May 8, 2021

Abang Suhordie penolong pengurus 1

Mesti baca

KAUNSELOR Abang Suhordie Abang Zaini dilantik sebagai penolong pengurus 1 pasukan Liga Premier Sarawak United FC.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) itu menyifatkan tawaran tersebut sebagai tugas yang mencabar.

“Bagaimanapun, ini satu penghormatan dan kepercayaan yang diberikan oleh Sarawak United FC kepada saya.

“Insya-Allah, saya harus menyimpan iltizam tinggi untuk melakukan yang terbaik demi kelab dan Bumi Kenyalang,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Beliau berazam membawa pasukan Sarawak United FC menaiki takhta Liga Premier Malaysia 2022.

Terdahalu Abang Suhordie mengakui menerima surat tawaran bertarikh 1 Februari berhubung lantikan sebagai penolong pengurus yang ditandatangan oleh pengerusi kelab Datu Posa Majais.

Secara Rawak

Artikel Terbaru