KUCHING: Sebanyak  lebih 97,000 petugas barisan hadapan   didaftarkan  untuk mendapat suntikan vaksin  di bawah  program vaksinasi Sarawak Covid-19.

Fasa pertama  program itu  dijangka  dilancarkan pada 27 Februari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Chin Zhin Hing berkata, pihaknya mempunyai senarai nama untuk semua petugas barisan hadapan yang layak di  negeri ini.

“Sebelum memulakan fasa pertasma, kami sudah mengumup lebih 97,000 orang petugas barisan depan, dan senarai nama mereka juga sudah diperoleh,” katanya.

Beliau berkata demikian  pada sidang media harian Covid-19 di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau juga menasihati mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan yang mempunyai komorbid supaya mendaftar pada fasa kedua dan ketiga.