KUCHING: Daerah Meradong bertukar ke status jingga setelah melaporkan sejumlah 31 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, daerah Song pula bertukar ke status jingga setelah melaporkan 35 kes jangkitan tssmpatan dalam tempoh  14 hari yang lepas.

“Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan sejumlah 2,107 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sembilan daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya.

Jelasnya lagi, daerah Bukit Mabong, Beluru, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus jingga dengan jumlah keseluruhan 114 kes jangkitan tempatan dalam tempoh sama.

Manakala daerah Sarikei, Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian dan Belaga kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 65 kes jangkitan tempatan dalam tempoh terbabit.

“Manakala 13 daerah lain kekal berstatus hijau,” katanya.