KUCHING: Presiden PRS Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, orang Dayak cukup berani dalam politik.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri yakin bahawa masyarakat dan pengudi Dayak di Sarawak akan terus menyokong GPS dalam PRN-12 nanti.

GPS yang ditubuhkan pada Jun 2018 selepas pRU-14 terdiri daripada PBB, PRS, SUPP dan PDP.

Beliau berkata,  pengundi Dayak akan memilih parti yang mampu menjaga kebajikan mereka.

“Tidak kira siapa yang akan lawan kita, kita mesti bersatu, dan itu sangat penting,” tegas Masing yang juga menteri prasarana negeri seperti dipetik FMT.

“Orang Dayak tahu parti mana yang boleh jaga kepentingan mereka,” kata Masing lagi.

Kaum Dayak yang terdiri daripada lebih 25 etnik, Iban sebagai majoriti, menyumbang kepada 44 peratus penduduk Sarawak.

Mereka mewakili pelbagai parti politik sejak sekian lama.

Sokongan kaum Dayak penting dalam PRN-12 nanti bagi menentukan kemenangan mana-mana parti politik.