PRESIDEN skuad Sarawak United FC (SU FC), Datuk Posa Majais menjelaskan mereka perlu menunggu arahan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum melaksanakan proses vaksinisasi terhadap semua pemain dan pegawai pasukan.

“Ia menjadi keutamaan kami sekarang ini, dan kami masih menunggu arahan. “Sudah pasti, suntikan vaksin akan memberi keyakinan kepada pasukan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2021,” ujar Posa.

Sementara itu, sesi latihan SUFC sekarang ini, berpandukan prosedur operasi standard (SOP), latihan yang agak terbatas. “Jika situasi bertambah baik, latihan akan dapat dilaksana dengan lebih sempurna lagi,” katanya.

Skuad SUFC sekarang ini berlatih di sekitar Lembah Klang, di bawah kendalian, ketua jurulatih E. Elavarasan, sambil dibantu Safri Amit. Safri mengakui, para pemain memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri, kerana ia di bawah kawalan SOP yang mesti dipatuhi.

Misalnya, tiada sentuhan fizikal, dan sentiasa menjaga jarak. SUFC merupakan pasukan pilihan popular dalam Liga Premier 2021 bersama, Negeri Sembilan dan Kuching City FC.

SUFC dibarisi beberapa nama besar tempatan seperti Norshahrul Idlan Talaha, Christie Jayaseelan, R. Gopinathan, Ashri Chuchu, serta import asing ternama, Taylor Regan, Sandro Mendoca dan bintang dari Korea Selatan, Lee Chang-Hoon.

Turut serta ialah bekas pemain JDT, Amer Saidin, bekas bintang Kuching FA, Tommy Mawat dan pemain muda tornama, Nor Shamie Iszuan dan Alan Lagang. Menurut E. Elavarasan, mereka mahu memberikan impak segera, berada dalam kelompok dua teratas liga, sekali gus melayakkan diri ke Liga Super 2022.