KUCHING:  Hari ini seramai 428 pelajar dari 32 buah sekolah di seluruh Sarawak tidak dapat menduduki peperiksaan SPM, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini disebabkan PKPD (414) dan kes positif Covid-19 (14).

“Daripada jumlah tersebut, 205 orang pelajar ialah lelaki dan 223 orang pelajar perempuan,” katanya lagi.

Hari ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan SPM 2020 dalam suasana negara masih berdepan pandemik Covid-19.

Sementara itu, JPBNS menjelaskan ia telah memperkasakan pasukan pematuhan Covid-19 yang diketuai oleh PDRM, dan dibantu oleh pasukan sahabat seperti  ATM, APM, Rela, DBKU, MBKS, MPP, KRT dan SRS.