MIRI: Seramai 32 penduduk dari Rumah Panjang Lagan, Sungai Telajin, Subis telah dihantar ke Pusat Kuarantin di Hotel Somerset Miri pada Ahad.

Penghantaran tersebut dilakukan selepas kesemua penghuni rumah panjang itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 yang telah dikesan sebelum ini.

Operasi yang turut melibatkan 13 pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Gerakan Am (PGA) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah berjaya dilaksanakan dengan mendapat kerjasama penuh daripada penduduk rumah panjang itu.