KUCHING:  Hari ini Sarawak merekodkan 221 kes baharu Covid-19, iaitu peningkatan 36 kes berbanding semalam.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), daerah yang melaporkan kes ialah Kuching 67 kes, Sibu (63), Bintulu (28), Meradong (24), Kapit (15),, Samarahan (110, Miri (5), Subis (2), Beluru dan Kanowit masing-masing satu.

“Hari ini terdapat satu kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan covid-19 meningkat kepada 74 orang atau sebanyak 0.91 peratus daripada keseluruhan kes positif yang dilaporkan di Sarawak,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, jelasnya Jabatan Kesihatan Sarawak telah mengiystiharkan dua kluster baharu, iaitu satu di daerah Kuching dan satu lagi di Daerah Meradong.

Kluster di Kuching dikenali sebagai  Kluster Emperoh Jambu manakala di Meradong dikenali sebagai Kluster Sunbgai Bakong.

Untuk rekod, terdapat 25 kluster masih aktif di Sarawak.