KUCHING:  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini  berkata,   daerah Sarikei telah bertukar kepada status kuning daripada hijau setelah melaporkan satu kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Katanya, Daerah Bukit Mabong   telah bertukar ke status jingga daripada kuning setelah melaporkan 27 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

“Manakala daerah Beluru dan Dalat telah kembali ke status Jingga daripada status merah setelah masing-masing melaporkan 23 dan 32 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” kata JPBNS dalam satu kenyataan pada Ahad.

“Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Song, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan sejumlah 2024 kes jangkitan tempatan dilaporkan di 10 daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya lagi.

Menurut kenyataan itu, bagi daerah Sri Aman, ia kekal berstatus jingga dengan jumlah keseluruhan 33 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“12 daerah lagi iaitu Lundu, Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian, Belaga dan Meradong kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 72 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Manakala 13 daerah lain kekal berstatus hijau,” katanya.