TOKYO: Kedengarannya mungkin aneh.

Tetapi ya, memang betul, Perdana Menteri Jepun Yoshide Suga melantik seorang menterinya sebagai Menteri Kesepian.

Di tengah  ancaman pandemik Covid-19  yang masih berlangsung, banyak orang menderita termasuk dari segi mental di negara ini.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini, Perdana Menteri telah melantik Tetsushi Sakamoto menjadi Menteri Kesepian.

Sakamoto akan mengurusi kementerian yang mengatasi kesepian dan isolasi yang menjadi semakin umum di Jepun selama pandemik ini,” kata laporan media.

Jumlah kes  bunuh diri di Jepun meningkat dalam tempoh setahun terakhir terutamanya wanita.

Pengkaji  berpendapat, banyaknya wanita yang bunuh diri selama pandemik adalah kerena wanita cenderung lebih banyak bekerja di sektor perkhidmatan.

Lonjakan tersebut terjadi pada suku kedua 2020 dengan bulan Oktober  menyaksikan jumlah kematian terbanyak yakni 2, 153 kes.

Kerajaan Jepun ketika ini mengambil langkah aktif untuk membantu mengekang lonjakan kes bunuh diri.

Pada 2017, Jepun berada di tangga ketujuh dari segi jumlah kes bunuh diri di dunia, iaitu 14 kes bagi setiap 100,000.

Sekitar 20,000 kes bunuh diri direkodkan di negara Matahari Terbit itu pada tahun lalu.