JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 111.23  juta.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian pula mencecah 2.46  juta sejak virus maut itu mulai dikesan pada akhir 2019.

Yang sembuh pula sudah mencecah 86.10 juta.

Data terbaharu  Worldometers  menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan  28.60  juta kes dengan  507,000 kematian.

Ini diikuti India dengan 10.97  juta kes dengan lebih 156,000 kematian dan Brazil dengan lebih 10  juta kes dengan lebih 244,000 kematian.

Manakala negara yang melebihi angka empat juta kes ialah United Kingdom dan Rusia.

UK merekodkan 4. 09  juta kes jangkitan dengan lebih 119,000 kematian, Rusia 4.13  juta kes jangkitan dengan lebih 82, 000 kematian dan Perancis 3.56  juta kes jangkitan dengan lebih 83,000 kes kematian.

Sepanyol telah mencecah tiga juta kes manakala Itali, Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico mencatat lebih dua  juta kes.

Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru, Indonesia, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.