Sunday, December 5, 2021

4 kematian, 134 kes jangkitan di Sarawak hari ini

Secara Rawak

1. LAPORAN HARIAN

Hari ini terdapat empat (4) kes kematian baharu melibatkan jangkitan
COVID-19 di Sibu (2), Bintulu (1) dan Miri (1). Ini menjadikan jumlah
keseluruhan kematian meningkat kepada 73 kes.
Manakala terdapat 134 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak
[Sibu (53), Bintulu (19), Kuching (15), Kapit (12), Samarahan (10), Song
(8), Miri (4), Bukit Mabong (3), Selangau (2), Sri Aman (2), Sebauh (2),
Bau (1), Julau (1), Meradong (1) dan Belaga (1)] menjadikan jumlah
keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 7,758
kes.
A. Kes Kematian Baharu COVID-19.
I. Kes Kematian Ke-70.

Kes kematian ke-70 merupakan kes ke-4,541 melibatkan
seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 48 tahun yang
telah mendapatkan rawatan di Hospital Miri. Kes mengalami
kelesuan dan palpitasi beberapa hari sebelum itu.
Kenyataan Media JPBN Bil 51/2021

Saringan ujian rT-PCR yang telah dibuat di hospital adalah positif
pada 01 Februari 2021. Keadaan kesihatan kes merosot dan
disahkan meninggal dunia pada 19 Februari 2021. Kes juga
mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan
penyakit buat pinggang peringkat akhir (ESRF).

II. Kes Kematian Ke-71

Kes kematian ke-71 merupakan kes ke-5,514 melibatkan
seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 45 tahun
yang telah dirujuk dari hospital swasta ke Hospital Bintulu kerana
kes mengalami sesak nafas. Kes mengalami gejala demam.
Saringan ujian rT-PCR yang dibuat di hospital adalah positif pada
06 Februari 2021. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan
meninggal dunia pada 19 Februari 2021. Kes mempunyai komorbid penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRF) dan
darah tinggi.

III. Kes Kematian Ke-72

Kes kematian ke-72 merupakan kes ke-5,911 melibatkan
seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 58 tahun telah
mendapatkan rawatan di Hospital Sibu. Kes mengalami gejala
demam dan batuk. Saringan ujian rT-PCR yang dibuat di hospital
adalah positif pada 09 Februari 2021. Keadaan kesihatan kes
merosot dan disahkan meninggal dunia pada 19 Februari 2021.
Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis
dan buah pinggang kronik.
Kenyataan Media JPBN Bil 51/2021

IV. Kes Kematian Ke-73

Kes kematian ke-73 merupakan kes ke-2,086 melibatkan
seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 77
tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana
mengalami sesak nafas. Ujian swab rT-PCR yang dibuat adalah
positif COVID-19 pada 16 Januari 2021. Keadaan kesihatan kes
didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 20 Februari
2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan
dislipidemia.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga
mangsa.

B. Kes Baharu COVID-19

I. Daerah Sibu (53 Kes)

a) 22 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 14 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di daerah Sibu.
c) 10 kes yang melibatkan kluster Pasai.
d) 6 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di daerah Sibu.
e) 1 kes merupakan saringan petugas kesihatan di fasiliti
kesihatan di daerah Sibu.
Kenyataan Media JPBN Bil 51/2021

II. Daerah Bintulu (19 Kes)
a) 8 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 6 kes yang melibatkan kluster Rakut.
c) 3 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di daerah Bintulu. Dua (2) kes dikategorikan
sebagai kes jangkitan tempatan dan satu (1) kes dikategorikan
sebagai kes Import C iaitu mendapat jangkitan dari Kapit.
d) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di daerah Bintulu. Satu (1) kes dikategorikan sebagai
kes jangkitan tempatan dan satu (1) kes dikategorikan sebagai
kes Import C iaitu mendapat jangkitan dari Miri.
III. Daerah Kuching (15 Kes)

a) 6 kes yang melibatkan kluster Jalan Green.
b) 5 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di daerah Kuching.
c) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
d) 1 kes saringan individu pulang dari kawasan berisiko tinggi
jangkitan COVID-19 melibatkan warganegara tempatan. Kes
ini dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat
jangkitan dari Kuala Lumpur.
Kenyataan Media JPBN Bil 51/2021

IV. Daerah Kapit (12 Kes)

a) 8 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 2 kes yang melibatkan kluster Pasai.
c) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di daerah Kapit.

V. Daerah Samarahan (10 Kes)
a) 5 kes yang melibatkan kluster Univista.
b) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
c) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di daerah Samarahan.

VI. Daerah Song (8 Kes)

a) 8 kes yang melibatkan kluster Pasai.
VII. Daerah Miri (4 Kes)
a) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di daerah Miri.
b) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di daerah Miri.
c) 1 kes merupakan saringan petugas kesihatan di fasiliti
kesihatan di daerah Miri.
Kenyataan Media JPBN Bil 51/2021

VIII. Daerah Bukit Mabong (3 Kes)

a) 3 kes yang melibatkan kluster Gelong.
IX. Daerah Sri Aman (2 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan kluster Kejatau.
X. Daerah Selangau (2 Kes)
a) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di daerah Selangau.

XI. Daerah Sebauh (2 Kes)

a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif di lokaliti-lokaliti di bawah PKPD.
XII. Daerah Bau (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

XIII. Daerah Meradong (1 Kes)

a) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di daerah Meradong.
XIV. Daerah Julau (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan kluster Nanga Lijan.
Kenyataan Media JPBN Bil 51/2021

XV. Daerah Belaga (1 Kes)

a) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di daerah Belaga. Kes dikategorikan sebagai kes
Import C iaitu mendapat jangkitan dari Bintulu.
C. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat 24 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak
iaitu:

I. Kluster Jalan Green, Kuching : terdapat penambahan 6 kes
hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 12.
Sejumlah 148 individu telah disaring dimana, 50 negatif dan 86
masih menunggu keputusan makmal.
II. Kluster Kejatau, Sri Aman : terdapat penambahan 2 kes hari
ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 9.
Sejumlah 92 individu telah disaring dimana, 20 negatif dan 63
masih menunggu keputusan makmal. III. Kluster Jan Yong, Kapit : tiada penambahan kes.
IV. Kluster Geronggang, Sibu : tiada penambahan kes.
V. Kluster Mas Merah, Sibu : tiada penambahan kes.
VI. Kluster Univista, Samarahan : terdapat penambahan 5 kes
hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 52.
Sejumlah 250 individu telah disaring dimana, 160 negatif dan 38
masih menunggu keputusan makmal.

VII. Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching : tiada
penambahan kes.
VIII. Kluster Gelong, Kapit : terdapat penambahan 3 kes hari ini
menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 63 kes.
Sejumlah 106 individu telah disaring dimana, 43 negatif dan tiada
menunggu keputusan makmal.
IX. Kluster Kidurong Dua, Bintulu : tiada penambahan kes.
X. Kluster Nanga Lijan, Julau : terdapat penambahan 1 kes hari
ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 55 kes.
Sejumlah 660 individu telah disaring dimana, 605 negatif dan
tiada menunggu keputusan makmal.
XI. Kluster Seruas, Beluru : tiada penambahan kes.
XII. Kluster Sebangkoi, Sri Aman : tiada penambahan kes.
XIII. Kluster Jun Heng, Bintulu : tiada penambahan kes.
XIV. Kluster Bintang Daily, Meradong : tiada penambahan kes.
XV. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes.
XVI. Kluster Tabong, Bau : tiada penambahan kes.
XVII. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes.
XVIII. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes.

XIX. Kluster Rakut, Miri : terdapat penambahan 6 kes hari ini
menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 185 kes.
Sejumlah 850 individu telah disaring dimana, 608 negatif dan 57
masih menunggu keputusan makmal.
XX. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes.
XXI. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes.
XXII. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 20 kes hari ini
menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2635 kes.
Sejumlah 36,000 individu telah disaring dimana, 33,165 negatif
dan 200 masih menunggu keputusan makmal.
a) Sub-Kluster Tangap (Subis) : tiada penambahan kes.
XXIII. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes.
XXIV. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes.
D. Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di
Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).
Terdapat 100 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj
pada hari ini dari Hospital Sibu (50), PKRC di bawah Hospital Kapit
(15), Hospital Miri (15), Hospital Bintulu (7), Hospital Sarikei (7) dan
Hospital Umum Sarawak (6). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes
positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat
kepada 5,579 orang atau 71.91% dari jumlah keseluruhan kes
COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di
PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai
2,077 orang dimana:
• 1,138 kes di Hospital Sibu;
• 297 kes di Hospital Miri;
• 206 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 191 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 178 kes di Hospital Bintulu;
• 49 kes di Hospital Sarikei;
• 16 kes di Hospital Sri Aman (PKRC Sri Aman);
• 1 kes di Hospital Limbang;
• 1 kes di PKRC Lawas.

Hari ini, 196 PUI baru telah dilaporkan dan lima (5) PUI yang
masih menunggu keputusan ujian makmal

E. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Sri Aman telah bertukar ke status Jingga
daripada status Kuning setelah melaporkan 22 kes jangkitan
tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Lundu telah kembali ke status Kuning daripada status
Jingga setelah hanya melaporkan sembilan (9) kes jangkitan
tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Lawas telah kembali ke status Hijau daripada status
Kuning setelah tiada (0) kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam
tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Beluru, Kapit, Song, Dalat,
Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan
sejumlah 2138 kes jangkitan tempatan dilaporkan di dua belas (12)
buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sebauh, Bukit Mabong,
Tatau, Pakan, Serian, Belaga, dan Meradong kekal berstatus Kuning
dengan jumlah keseluruhan 78 kes jangkitan tempatan dilaporkan
dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala 13 daerah lain kekal berstatus Hijau.
2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN/AMARAN/SITAAN
Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 10 kompaun di daerah
Kuching (9) dan Miri (1) kerana telah melanggar SOP.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah
mengeluarkan 59 notis amaran lisan dan bertulis di bawah PBT seliaan
mereka iaitu MPP (19), SMC (15), MB Miri (15), MD Marudi (7), MD Serian
(2), dan MBKS (1).

KENYATAAN MEDIA (20 FEBRUARI 2021)

Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru