JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 109.66 juta.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian pula mencecah 2.41 juta sejak virus maut itu mulai dikesan pada akhir 2019.

Data terbaharu  Worldometers  menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan  28.31  juta kes dengan lebih 498,000 kematian.

Ini diikuti India dengan 10.92  juta kes dengan lebih 155,000 kematian dan Brazil dengan lebih 9.86  juta kes dengan lebih 239,000 kematian.

Manakala negara yang melebihi angka tiga juta kes ialah United Kingdom, Rusia dan Perancis.

UK merekodkan 4. 04  juta kes jangkitan dengan lebih 117,000 kematian, Rusia 4.08  juta kes jangkitan dengan lebih 80,000 kematian dan Perancis 3.46  juta kes jangkitan dengan lebih 82,000 kes kematian.

Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih dua  juta kes.

Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru, Indonesia, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.