PBB: Empat minggu misi pakar WHO di China menyiasat asal usul virus Covid-19, mereka tidak menemui penemuan yang konklusif.

Meski percaya, penularan virus korona SARS-CoV-2 berasal dari kelawar sebelum menjangkiti manusia, WHO tidak menemui haiwan mamalia lain yang menjadi perantara.

WHO belum menemui jika wabak tersebut sudah bermula sebelum Disember 2019 di mana-mana kawasan di Wuhan atau tempat lain.

Namun, selama di Wuhan, pakar WHO mengeluh sukar mendapat data mentah berkaitan penularan awal pandemik Covid-19 di Wuhan.

Ketua misi WHO ke China menyiasat Penularan Covid-19, Peter Ben Embarek memberitahu AFP pada Sabtu, pihaknya belum menerima akses ke data mentah yang cukup semasa di China.

Padahal menurut beliau, pihaknya memerlukan lebih banyak data mentah seperti kes awal pandemik seperti pneumonia, flu dan demam, yang berkaitan Covid-19.

Beliau berharap data yang diminta akan lebih tersedia pada masa akan datang.

Beliau mengaku bercampur rasa kecewa, tetapi berasa lebih realistik berdepan situasi tersebut.

Sebelum misi WHO sampai, sarjana China telah mengimbas sistem mereka dan menemui terdapat 72,000 kes jangkitan antara Oktober dan Disember 2019 yang dikaitkan dengan kemungkinan gejala Covid-19.

Namun, menurut Peter, kajian tersebut mendapati hasilnya negatif untuk dikaitkan dengan jangkitan Covid-19.