JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini meningkat ke angka 109.09  juta.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian sejak virus maut itu mulai dikesan di Wuhan, China pada akhir 2019 kini mencecah 2.40 juta.

Data terbaharu  Worldometers pada pagi Ahad menunjukkan Amerika Syarikat masih negara paling teruk terjejas dengan lebih 28.19  juta kes.

Jumlah kematian di negara Uncle Sam itu pula adalah lebih daripada 496,000 sekali gus teratas juga di dunia.

Ini diikuti India dengan 10.9 juta kes dengan lebih 155,000 kematian  dan Brazil dengan lebih 9.811  juta kes dengan lebih 238,000 krematian.

Manakala negara yang melebihi angka tiga juta kes ialah United Kingdom, Rusia, Perancis dan Sepanyol.

Itali, Turki, Jerman, Colombia dan Argentina mencatat lebih 2 juta kes.

Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru, Indonesia, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.