TOKYO: Sekitar 100 orang dilaporkan cedera akibat goncangan gempa bumi 7.3 pada Skala Ritcher melanda Jepun, pada Sabtu malam tadi.

Mengutip AFP, saksi mengaku gempa melanda Odaka, kota Minamisoma dengan beberapa siri gempa menyusul beberapa jam setelah gempa pertama.

Petugas di Fukushima berkata pihaknya masih mengumpulkan data sebenar jumlah mangsa mengenai korban yang terkesan.

NHK turut melaporkan, rakaman udara menunjukkan berlaku tanah susur yang memutuskan jalan raya di Fukushima.

Manakala, Kyodo melaporkan hampiur 1 juta rumah mengalami gangguan elektrik.