Friday, August 19, 2022

PRN-12 Sarawak sepatutnya diadakan pada tahun lalu

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri berkata, PRN-12 Sarawak sepatutnya diadakan pada tahun lepas.

“Pilihan raya negeri sebenarnya telah  saya rancang untuk diadakan pada tahun lepas, namun kita memilih untuk penangguhkannya memandangkan keadaan tidak mengizinkan,” kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina yang diraikan esok.

“Namun, kesihatan dan kesejahteraan rakyat kita menjadi keutamaan Kerajaan GPS pimpinan saya,” katanya.

Beliau  berkata bagaimanapun kerajaan GPS menaruh penuh kepercayaan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong supaya pilihan raya negeri boleh diadakan mengikut lunas-lunas Perlembangaan Negeri tanpa menjejaskan keselamatan rakyat.

Difahamnkan PRN-12 sepatutnya diadakan pada akhir tahun lepas, tetapi disebabkan peningkatan kes Covid-19, ia ditangguhkan untuk tahun  ini.

Sekali lagi, ia terpaksa ditangguhkan apabila darurat diisytiharkan pada 11 Januari lalu hingga Ogos.

Tempoh penggal DUN Sarawak akan berakhir pada 7 Jun.

Namun, dipercayai jika jumlah kes dapat dikawal, kemungkinan besar PRN-12 akan diadakan sebelum Ogos, dengan Sarawak perlu merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik darurat di negeri ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru