HASRAT Kuching City FC untuk menggunakan khidmat Leonardo Alves untuk menghadapi kempen Liga Malaysia 2021 tidak kesampaian.

Penyetang import dari Brazil itu ditimpa kecederaan pada lutut kaki kanannya yang memakan masa panjang untuk sembuh.

Sekali gus, memaksa pihak pengurusan KC FC mengambil keputusan menamatkan kontraknya berkuatkuasa semalam.

Pengerusi KC FC, Fazzrudin Abdul Rahman memberitahu, persetujuan bersama dicapai pada perbincangan yang diadakan baru-baru ini.

“Kita telah mengadakan perbincangan, beliau (Leonardo Alves) bersetuju untuk ditamatkan kontraknya mengambil kira kecederaan dialaminya itu,” tegas Fazzrudin ketika mengulas mengenai perkara itu kepada Suara Sarawak.