Wednesday, September 22, 2021

Tahun baharu Cina: Elak perjumpaan besar-besaran

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Perayaan Tahun Baharu Cina akan disambut masyarakat Cina di negara ini esok.

Untuk itu,  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mengadakan perjumpaan besar-besaran semasa sambutan Tahun Baharu Cina.

Dr Noor Hisham berkata walaupun situasi Covid-19 di negara ini beransur baik, perjumpaan besar boleh menyebabkan peningkatan kes.

Jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini ialah 251,604 kes  termasuk 3,288 pada Rabu. Jumlah kematian ialah 923 kes hingga Rabu

“Covid-19 sekali lagi menahan diri kita daripada menyambut satu lagi perayaan dan perjumpaan semasa Tahun Baharu Cina ini.

“Sama ada kita melakukannya atau memutuskannya semasa perayaan ini bagi mengawal situasi. Tanggungjawab terletak pada bahu semua orang,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook beliau.

Dr Noor Hisham juga mengingatkan mereka yang menyambut perayaan itu supaya berada di rumah dan meraikannya bersama ahli keluarga, dan paling penting melindungi ahli keluarga yang rentan.

“Semoga Tuhan membimbing dan melindungi kita untuk menamatkan pandemik ini pada waktunya. Insya-Allah, semoga tahun lembu emas ini membawa kekuatan kepada kita untuk berhadapan dan mengatasi setiap kesukaran yang dilalui. Selamat Tahun Baru Cina,” katanya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru