LONDON: Vaksin Oxford University, AstraZeneca dilaporkan positif bagi menangani jangkitan varian Covid-19 yang menular di UK.

Varian baharu UK menular di Kent, mudah berjangkit dan lebih berbahaya sehingga memaksa UK mengenakan perintah berkurung.

Kini lebih 10 juta individu menerima dos pertama sama ada vaksin Pfizer mahupun AstraZeneca.

UK setakat ini mendakwa, vaksin AstraZeneca berkesan terhadap varian baharu UK itu.
Menurut Ketua Pengkaji Penilaian Vaksin Oxford, Andrew Pollard, data dari penilaian menunjukkan vaksin itu berkesan ke atas mutasi serta varian baharu Covid-19.