PETRA JAYA: Pada Sabtu, aplikasi WhatsApp pengamal media Sarawak “ditawan” penggodam.

Penggodam sempat menghantar mesej kepada beberapa rakan wartawan lain yang berada dalam senarai kenalan pengamal media penyiaran, Abdul Majid Azman, 32.

Mesej tersebut antaranya berbunyi: “Dalam account ada tak baki, tlg bank in RM1000, saya nak bank in kt kawan tp account kena block”.

“Esok pagi pkul 10 sy bayar semula RM1100 🙏.”

Perkara tersebut disedari rakan pengamal media yang lain yang antaranya turut menerima mesej meminjam wang berjumlah RM500 hingga RM2000.

Abdul Majid ketika dihubungi wartawan memberitahu individu tersebut bukan dirinya dan menyedari WhatsAppnya digodam.

Ekoran insiden itu, Abdul Majid membuat laporan polis dan menghubungi pihak SKMM.