BOGOTA: Seorang pemuda dari pekan kecil Pivijay, Colombia
kritikal selepas tercekik ikan yang dipancingnya pada 23 Januari lalu.

Media tempatan melaporkan pemuda berusia 24 tahun itu datang sendiri ke unit kecemasan di Hospital Santander Herrera.

Dia sukar bernafas dan sekadar memberi isyarat ada objek di dalam kerongkongnya.

Selepas diimbas dengan sinar-x, doktor menjalankan prosedur mengeluarkan ikan tersebut.Menurut doktor, lelaki itu memberitahu dia meletakkan ikan tersebut di mulutnya sebelum menggelongsor memasuki kerongkongnya semasa memancing.

Lelaki itu dirawat dua hari dan pulih sepenuhnya.