MOGADISHU: Somalia mengumumkan darurat nasional akibat serangan belalang perosak yang kini mengancam stok makanan negara tersebut.

Menteri Pertanian Somalia Adil Said mengumum di akaun Twitter rasmi milik stesen televisyen kerajaan Somalia, mengatakan serbuan belalang gurun itu mengganggu bekalan makanan untuk manusia dan ternakan.

Dalam pertemuan pegawai kementerian Somalia, dengan Organisasi Makanan dan Pertanian PBB (FAO), badan itu mengakui serbuan belalang perosak merupakan situasi terburuk dalam tempoh 25 tahun ini di Afrika.

Meurut allafrica.com, Somalia menjadi negara pertama mengumumkan belalang perosak sebagai punca darurat nasional dikuatkuasakan.

Pakar percaya serangan gerombolan belalang tersebut berpunca daripada cuaca ekstrem yang melanda habibat serangga tersebut.

Sebelum ini, Kenya mengumumkan banyak wilayah di negara itu diserang belalang perosak dari gurun yang datang dari wilayah Ethiopia dan Sudan.