Sunday, May 22, 2022

Kuat kuasa PKP: Tentera digerakkan ke Song, Kapit

Secara Rawak

SIBU: Untuk memperkasa penguatkuasaan PKP di Daerah Song dan Kapit, tiga pegawai dan 63 anggota 9 Briged dan 31 Briged digerakkan membantu PDRM dan agensi awam lain di zon tersebut.

Ketua Staf Markas 9 Briged, Leftenan Kolonel Anuar Ahmad mewakili Panglima 9 Briged menyempurnakan acara pelepasan tersebut di Dewan Rascom, Kem Rascom.

Anuar dalam ucapannya mengingatkan semua pegawai dan anggota terlibat sentiasa menjaga disiplin dan komited mematuhi SOP Covid-19.

Selain melaksanakan tugas menjaga kedaulatan negara daripada pencerobohan, ATM sentiasa bersedia membantu pihak berkuasa dan agensi awam menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru