Sunday, June 26, 2022

Bersesak langgar SOP di Sibu, empat dikompaun

Secara Rawak

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh kecewa dengan sikap segelintir warga Sibu yang langsung tidak mengendahkan SOP Covid-19 yang dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik.

Ketika memantau pematuhan SOP pada PKP yang masuk hari ke-20 di di Sibu, Ting berkata pihak polis terpaksa menutup Jalan Lembangan iaitu laluan utama pejalan kaki menuju Pasar Sentral Sibu yang dikatakan dipenuhi orang ramai yang membeli-belah.

Ting mengaku kecewa melihat warga Sibu berduyun-duyun membeli-belah seolah-olah tiada bahaya di sekitar mereka dengan banyak orang melanggar SOP seperti tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Ekoran itu, polis mengeluarkan empat kompaun, mengenakan denda RM1,000 seorang.

Menurut Ting lagi, setakat ini PDRM meminta kerjasama MPS membantu menyekat Jalan Lembangan bagi mengurangkan pergerakan orang ramai dan mengarahkan penjual buah mengeluarkan buah yang dijual diletak di ruang pejalan kaki yang menghalang pergerakan orang ramai.

Ting menyeru semua penduduk tidak menggadaikan nyawa mengambil ringan situasi Covid-19 yang melanda Sibu kini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru