JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 104.86 juta kes.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian keseluruhan pula ialah 2.27 juta dan angka itu terus meningkat setiap minit.

Data terbaharu  Worldometers  menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 27.14  juta kes.

Jumlah kematian di negara Uncle Sam itu pula telah mencecah lebih 461,000 kes sekali gus meletakkannya di tangga teratas dunia.

Ini diikuti India dengan 10.79 juta kes jangkitan  dan Brazil dengan lebih 9.33  juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka tiga  juta kes ialah United Kingdom, Rusia dan Perancis.

United Kingdom telah merekodkan 3.87 juta, Rusia 3.90 juta dan Perancis 3.25 juta.

Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih 2 juta kes.

Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru, Indonesia, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta.